Tanda 100 hari sebelum hari mati;Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akandisedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semuaorang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidaksahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akanmendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat danbagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda matimaka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadirantanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengankenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitusahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda inimaka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untukmempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atauditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari matiTanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akanberdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugurdari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akanmengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadimalaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika initerjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akandicabutnya.
Tanda 7 hariAdapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hariPada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalahkita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan iniakan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orangyang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jikakita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagianhujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yangterlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hariAkan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutandi sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kitatidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadahdan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemputkita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarangakan mematikan pula.PENUTUPSesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kitaadalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberikesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapatmembuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari AllahSWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutangkita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuanAllah SWT semata-mata.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberihidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan AllahSWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dansilap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment