Hujan turun dengan lebatnya pada suatu malam jumaat. Jam didinding sudah menunjukkan pukul 10.30, Kassim menjeling-jeling isterinya dengan senyuman penuh makna. "Malam ni kita tidur awal sikit ya, Yang," bisiknya.
Isterinya Saodah jawab, "Tak boleh bang, anak-anak kita belum tidur lagi. Tengok tu mata dia orang, terkebil-kebil. Nantilah saya tidurkan dia orang dulu.." Setengah jam berlalu, si anak masih terkebil-kebil biji matanya. "Dah tidur budak-budak tu Yang?" tanya Kassim, gelisah. "Belum, bang," jawab Saodah.
Kassim garu kepala. Mengiring salah, meniarap salah. Hujan makin lebat, malam kian larut. Kedinginannya menyebabkan Kassim bertambah gelisah. "Takpalah Yang" kata Kassim, "awak uruskan budak-budak, saya pergi bilik sebelah,baca al-Quran." Saodah mengangguk.
Kassim pun pergi bilik air, ambil wuduk, pakai kopiah dan membuka al-Quran. "Bismillah hirrahman nirrahiiiiiiimmmmmm......." suaranya beralun merdu. Baru hendak menyambung bacaan, pintu biliknya tiba-tiba dibuka.
"Bang" Saodah memanggil dengan senyum melirik, "anak-anak dah tidur!"
"SADAAQALLAAH HULAZIM...." lalu Kassim pun menutup al-Qurannya!
Hmmm, begitulah hebatnya penangan malam jumaat...pada orang-orang seperti Kassim! Sekian.....
kihkihkihkih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment