Citer 9
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor.
"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.
Citer 10
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin. :
Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah. Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment