Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandubas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai diIpoh ... cakap pada anak saya."
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akanbertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"
Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpangdisebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"
Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya padapemandu untuk kesekian kalinya,"
Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"
Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh .. pasti dikejutkan..!"
Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali.Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorangpun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masihtertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..
"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kitahantar semula anak ini?"
Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh ... Maka berpatah kembalilahrombongan bas itu menuju ke Ipoh ..
Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan."Nak! Sudah sampai di Ipoh ! cepat bangun!" Kata Pemandu..
Si anak bangun dan berkata..
"Oh sudah sampai ya!"
lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasibungkusnya..
Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh ?" tanya pemandu kebingungan.
"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya bolehmakan nasi bungkus ni!"
Pemandu & Penumpang : !@#%&*^*(????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment